Gadis Chenetto
Tuesday, May 22, 2012
Ada Perbezaan Ke ?
Photobucket


    Hai .... macam biasa la kan kalau update mesti ada story yang nak cerita.Today this hour this minute this saat hancur sudah hang punya speaking.cerita ni kan baru je tadi tak sampai 20 minit je.Cepatkan berita zaman sekarang ni . hahaha 

   Eyra online facebook tadi lepas tu pergi la stalker mangsa mangsa yang suka benor update status pe lagi tangan gatal la LIKE tetiba je ada satu bunyi yang menandakan Im anda pop up .. hahaha , kawan satu sekolah dulu hantar chat apalagi kan bertanya kabar la then keluarlah satu topic yang hot hot cool buat eyra down dengan sikap manusia *maybe la* zaman sekarang ni.

  Apa topicnya? ye ye nak cerita la ni

soalan pertama.
D - "awak dapat sambung belajar dekat mana ? "
(eyra yang baik hati lagi jujur ni balas la pertanyaan dia tu)
E - " dapat kolej je dekat gombak " .
D - " ooo awak tak pe lah anak orang kaya boleh masuk kolej ".
 (eyra dengan bangganya menunjukkan bakat sebagai seorang lawyer (InsyaAllah) membalas kata kata yang menyakitkan itu )

E - kita dalam hidup ni kena la ada usaha dan niat yang betul.Duit bukan masalah untuk kita nak belajar di kolej ke universiti ke . selagi usaha dan niat ada pasti tercapai impian kita.Kerajaan sekarang dah kasi banyak kemudahan untuk kita sambung belajar supaya berjaya tapi sikap kita yang pandang remeh temeh soal duit memang tak berjaya la jawabnya .... bla bla bla bla .... panjangnya karangan eyra dalam Im fb .eyra teruskan lagi bla bla bla ye.Awak tahu tak bukan ada beza pun antara kaya dan miskin ni semuanya sama.Masing masing makan dan minum air yang sama tiada perbezaan rasa *mesti ada kan sebab resepi masing masing , pasti ada yang terlebih garam atau gula*.

   Aihh time tu rasa macam nak maki hamun tak kira orang dah rasa tapi ini kan eyra seorang yang penyabar *perasan* eyra terasa sangat kata kata tu bukan merasa dia saja nak buat eyra sakit hati soal anak orang kaya.Eyra bukan datangnya datang daripada orang yang berada yang mewah segalanya tu family eyra hanyalah sederhann sahaja bagi eyra kan kita cukup kaya jika ada rumah , pakaian , kereta dan juga makanan.Cuba la fikir orang yang lebih susah dari kita yang kelaparan sepanjang hari hanya nak makan sesuap nasi dan seteguk air.Kalau eyra seorang jutawan yang memiliki pulau terbesar di dunia ni kan eyra lah orang pertama yang pergi tolong dorang *InsyaAllah* tapi apakan daya eyra cuma gadis 18 tahun yang masih belajar dan masih melakukan kesalahan .cehh ayat tak sangka tu .Back to topic soal perbezaan antara kaya dan miskin bagi otak eyra yang masih mahu ilmu ni kan memang ada perbezaan dia tapi apa la sangat bezanya just yang kaya hidupnya senang dan yang miskin hidupnya masih mencari untuk hidup lebih senang tu je .. macam keperluan dan kehendak dalam perdagangan form 5 tu.

  Satu perkara yang eyra rasa memang tiada bezanya pun ialah " kematian " sebab apa jika kita/seseorang itu  meninggal dunia kan pasti kita di baluti dengan kain kapan yang berwarna putih bersih kan dan juga ditanam 
ke dalam kubur yang mempunyai pasir.Seumur hidup eyra yang masih bernyawa ni tidak pernah dengar yang  
mayat orang kaya di baluti dengan kain sutera yang berwarna warni dan ditanam ke dalam kubur yang dipenuhi dengan emas ataupun permata yang membuktikan mayat itu orang kaya.Pasti korang bosan dengan bebelan eyra ni . maaf ye . hihihi kan kalau tak update korang jugak yang marah.

   Setakat tu je lah bebelan eyra dah haus ni.Eyra harap pekara yang eyra cerita dekat atas tu boleh buat dia dan juga korang yang tengah baca ni faham.next time eyra akan update lagi .

p/s : 4 hari je lagi untuk aku bersiap sedia pergi jauh dari rumah kerana aku akan bergelar budak kolej.. jeng jeng jeng jeng . mesti homesick sebab tak pernah berjauhan dengan mama :( . fighting !

←newer post
older post→


leave love letter
footprint

:
Somewhere Only We Know...
"you and i are under one sky"
claps
credit section
Layout made by chocolettha.
Background from ixora's.

About Me (hover here)
Bonjour!, my name is eyra im 18 this year and till SINGLE until now.i am the owner of this wonderful site.i love to making new friendship . and love myself . Hates haters, and copypasters! im muslim and i proud of it . :)